Pengalaman Bersalin Di Hospital Pusrawi KL - 21 April 2015

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dah lama rasanya ingin meng'update' blog tetapi ke'busy'an melanda sejak baby kecik tu keluar kan..huhu..

Okay..nak cerita macam mana dari mula masuk hospital hingga deliver ye.

Untuk bersalin kat hospital pusrawi, kita kena start check up after 7 months. So, mula-mula saya dengan en.suami ke klinik dahulu untuk dapatkan Reference Letter tuk refer ke Hospital. Time tu Dr. Idzham kat Taman Melawati ni suggest kat kami nama Dr. Habibah. So, lepas ni apa-apa hal dengan dr Habibah.

Untuk first appointment dengan dr habibah, kami tunggu agak lama. Tungu punya tunggu, last-last kami tukar doktor untuk hari tu sebabnya dr habibah lambat masuk. Tanya nurse, kenapa dr lambat masuk, then nurse ckp dr habibah sememangnya busy sebabnya management pun dia involve. So paham la kan. Yang ni saya check dengan dr Salleh. (ummm..x suke sebab doc lelaki kan)

Untuk second appointment, saya tunggu jugak even lama sebab tak pernah lagi jumpa doc habibah. Orangnya simple je. Cek2 perut semua, baby songsang. Baby taknak pusing doc cakap. Dia suruh sujud lama sikit untuk baby betulkan balik kedudukan dalam perut. So balik buat la kan.

Untuk third appointment, still tunggu lama jugak...tak silap saya kali ni dengan Dr Zulkedah. Cek dengan dia pun baby still tak nak pusing.

Untuk 4th appointment, saya pilih Dr Asmah Yun. Yang ni dah last dah sebab dah masuk 38 weeks. Doc cakap dh boleh set date untuk ceaser. So kami pilih 30 April 2015.

Balik rumah discuss balik dengan husb, rasa macam lambat pulak nak tunggu lagi seminggu tuk 30 april. Saya memang dah kira malas nak pergi ofis dah ni. Kol hospital untuk tukar date ceaser. kami pilih 21 April 2015. Nurse cakap 20 April nanti, datang petang sebab keesokkannya nak ceaser pagi. Kena puasa.

20 April 2015  - Isnin

Pada Petang tu, saya dh get ready untuk ke hospital. Barang-barang semua dah bawak masuk kereta.
Lepas maghrib baru kami bertolak ke hospital pusrawi. Malas nak pergi awal2..hehe.

Saya ditempatkan kat Wad An-Nur. En suami pilih double bedded. Ingatkan suami or mak boleh temankan, rupanya tak boleh. Kalau nak orang lain temankan, kena pilih yg single bed. ummmm..
So malam tu memang sorang-sorang. Saya start puasa jam 11. Memang tak boleh minum langsung.Jam 2 pg, riuh sikit bilik sebab ade orang baru lepas bersalin. Normal saya dengar. Pastu sambung tidur.

21 April 2015 - Selasa

Pagi tu, lepas mandi dan solat subuh, nurse datang tanya, puasa tak?
saya jawab puasa. Jam bape nak p bilik OT? Nurse jawab, tunggu doc datang dulu ye. Maybe dalam jam 8.

En suami tak datang-datang lagi. saya dah naik risau dah takut x sempat jumpa dia. Jalan jem katanya. Dalam jam 7.30, nurse datang masukkan tiub air kencing. First time nak kencing guna tiub..hehe. Jam 8, en suami sampai. Terus nangis tengok dia. Tadi dah siap mintak maaf dalam message risau takut tak sempat jumpa..haha

Jam 8.30 saya dibawa ke bilik bius. Dr Zin mulakan dengan cucuk jarum kat tangan. Siap bagitahu sakit sikit ni. Ok..memang sakit. Pastu sign surat semua, nurse tolak ke bilik OT. Baru tahu bilik OT macam mana. Selama ni tengok dalam tv je. Dr zin sekali lagi bius kat tulang belakang. Ok. Yang ni memang tak sakit. Lepas 2 minit, kaki rasa panas-panas kesan ubat bius. Baring. Tiba-tiba dah tak ingat apa dah.

Tengah-tengah mamai, nurse tunjukkan baby tapi memang tak boleh nak buka mata sangat, last2 tertidur lagi. Sedar-sedar saya dah kat bilik bius. En suami datang tengok. Saya tertidur lagi. Pastu dah sedar balik, tanya en suami, baby mana? Abang dah azankan dia? En suami cakap semua dah. Ok tak ni?
Nampak dia dah start risau..hehe

Pastu nurse tolak ke wad annur balik. Nak bangun memang tak boleh kesan ubat bius. Doc siap pesan, jangan minum apa-apa smpai jam 4. Lepas jam 4, minum air sikit untuk tengok macam mana.

Tengok jam dah jam 4, tak rasa dahaga sangat sebab kat tangan nurse dh cucuk air. try minum. Pastu muntah lagi. Try angkat kepala, pun tak dapat kesan dari ubat bius. Pening. Baring je. Baby nurse dh bwk masuk. Ya Allah, comelnya anak aku.. hehhe..kecik je dr.. 2.47kg. Cute2 je tengok muka dia..hehe

22 April 2015 - Rabu

Rasanya dah petang try tuk minum. Still muntah. Perut dah lapar. jam 8 baru dapat minum dan makan. Dah 2 ari tak mandi, rasa memang tak selesa. Tanya nurse boleh mandi ke tak, then nurse cakap tunggu doc datang. Kat perut rasa sakit sikit bila batuk. Doc datang cek semua, bukak kan plastik yang dia tampal kat perut. Betul-betul gam ni. memang tak nampak kesan jahit. Tanya doc agaknya bila boleh keluar sebab baby pun dh berak semua.


23 April 2015 -  Khamis

Tanya nurse lagi sekali, dah boleh keluar ke? Agak boring juga duk dalam bilik bila katil sebelah takde orang. Bila doc dh approved boleh balik, seronok betul rasa. En suami settlekan surat-surat semua. Settlekan bil.

Ramai yang nak bersalin kat hospital Pusrawi duk usha-usha harga kan. Sebab aritu pun before bersalin, saya pun duk usha-usha harga paling latest.

Kes saya, ceaser yang bukan emergency, takde apa-apa kompilasi : Below RM 8000.00

Tu je yang nak cerita untuk entry kali ni..hehe..ok..bye2..


Comments

  1. PERMANENT DOCTOR JOB (URGENT !)

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  2. Sy batuk teruk masa czer. Azab sgt ya Allah. Anyway tahniah on yr newborn!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah, the best moment kan. Walau sakit, tp pglmn yg sgt tak ternilai :)

    ReplyDelete
  4. Nice entry. Best baca.

    Jemput singgah blog saya juga http://umminuma.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Nice entry...pengalaman bersalin anak pertama akan kekal dlm ingatan wlupun dh beranak berkali2. Tahniah!!! Jemput singgah blog saya, br nak belajar berblogging :)

    ReplyDelete
  6. Sama macam saya!!! bersalin 21/4/2015 kul 1030 malam kat pusrawi jugak... =) saya induce, masuk hosp 20/4/2015 petang tu sbb baby mengeras.. sy dgn Dr Habibah... Alhamdulillah doctor mmg ok, sedaya upaya cuba bg sy bsalin normal jgk... =)

    ReplyDelete

Post a Comment