Dalam mihrab cinta~

Assalamualaikum...

Entah kenapa rasa hati kali ini untuk menulis mengenai cerita-cerita yang ada di dalam novel Dalam Mihrab Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Seorang penulis indonesia yang terkenal yang pernah menghasilkan Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Kesemuanya ada 3 buah buku yang dikirim oleh tunangku yang tersayang.

Buku 1: Dalam Mihrab Cinta (DMC)
Buku 2: Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim
Buku 3: Kalam Cinta Dari Tuhan

Walaupun esok, 26/1/2011, ada test Ogranization Behavior(OB), tetapi diri ini cuba luangkan masa sedikit untuk membaca kisah-kisah dalam salah satu buku. Memandangkan teruja dengan tajuk buku Dalam Mihrab cinta, so automatik jari ini mencapai buku tersebut.

Dalam novel DMC ini, ada 3 cerita yang berlainan. Mula-mula ingatkan ia hanya mengisahkan mengenai tajuk tersebut tetapi ia combine kan dengan 2 buah lagi cerita.
Kisah atau cerita yang pertama dalam DMC ini adalah 'Takbir Cinta Zahrana'. Ok. Takbir Cinta Zahrana mengisahkan mengenai Zahrana yang berusaha mencari jodoh yang soleh walaupun dirinya sudah mencapai umur 34 tahun. Seorang yang berkelulusan tinggi dan berkerjaya tetapi jodohnya belum sampai. Ramai yang datang meminangnya tetapi semuanya ditolak olehnya setelah dipertimbangkan baik buruknya. Akhirnya, dia bertemu jodoh dengan anak muridnya iaitu Hasan. Sebuah kisah yang hebat.

Ok...Kisah atau cerita yang ke 2 adalah 'Dalam Mihrab Cinta'. Kisah ini menceritakan serba sedikit mengenai Syamsul Hadi yang dianggap pencuri di pasentren di salah sebuah tempat di indonesia. Dia dikenakan hukuman dan dikeluarkan dari pasentren itu dengan cara yang tidak terhormat iaitu dengan dibotakkan kepalanya. Banyak yang terpaksa dilalui oleh syamsul hadi dan atas izin Allah, semua fitnah-fitnah yang menimpakannya akhirnya terbongkar.. Nak taw ape yang berlaku seterusnya??? kat sini tidak boleh diceritakan kerana.............. Kisah ini tengah difilemkan sekarang dan InsyaAllah akan keluar but tidak pasti bilakah akan ditayangkan. Really good story..:)

K...seterusnya kisah yang paling last..tajuk dia 'Mahkota cinta'. Ok..kisahnya begini sih... Seorang pemuda yang ingin menyambungkan S2 nya di Malaysia iaitu di universiti Malaya. Sepanjang perjalanannya ke Malaysia, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang namanya Siti Martini. Dipanggilnya siti martini ini sebagai Mbak Mari. Pemuda ini pula namanya Ahmad Zul. Sesudahnya sampai di Malaysia, dia menumpang tidur di rumah Mbak Mari selama 3 hari. Selepas itu dia berjumpa dengan sahabat pak saudaranya. Pertemuan Zul gan Mbak Mari membuahkan bibit-bibit cinta. Banyak pergolakan yang berlaku sepanjang penceritaan ini..(tak tahu nak huraikan macam mana..huhu). Last-last mereka bertemu juga setelah lama terpisah. Ending nya.....erk...hehe..belilah sendiri bukunya ye.. Banyak kalau nak cerita satu persatu..

Conclusion: Buku ini amatlah bagus untuk dibaca dan diambil pengajarannya.. Rasanya nak ambil masa membaca buku ini, dalam masa sehari..hehe...asal novel je, bacanya mesti cepat...


Nantikan huraian untuk buku-buku yang lainnya...InsyaAllah selepas cuti raya cina nanti..hehe....

Sekian..

Comments

  1. Alhamdulillah..perkongsian yang menarik..banyak ibroh yang bisa diambil disini:) All the best tuk exam nanti;)

    ReplyDelete

Post a Comment