Maaf..

Assalamualaikum pembuka bicara....

Benarkah orang cakap untuk meminta maaf adalah perkara yang susah? Kita ketahui sesetengah orang susah untuk meminta maaf dan memaafkan orang.. Tanpa kita sedar, sebenarnya memaafkan orang lain adalah jalan yang terbaik. Jalan yang mententeramkan kita.

Berlangsungnya usrah di tepi tasik harapan, USM, minggu lalu membuka minda dan fikiran ini sendiri. Kadang-kadang tertanya-tanya betapa diri ini beruntung masih diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki dan meneruskan perjalanan menghadiri usrah. Sebenarnya tidak pernah terlintas di hati ini untuk menghadiri program seumpama itu. Bersyukur sangat-sangat Allah s.w.t masih membuka peluang ini untuk meneruskan penghayatan disamping mendapat redha Allah s.w.t.

Di antara yang dibincangkan di dalam usrah adalah memaafkan kesalahan orang lain. Pesan Rasulullah s.a.w, memaafkan kesalahan orang lain sebelum kita tidur, itu dapat memberikan ketenangan hati dan mampu melenakan tidur kita. Sekiranya kita ada membuat kesalahan dengan orang lain, teramat elok untuk kita meminta maaf. Selagi ada masa, selagi ada ketika ini dan selagi ada peluang ini, rebutlah. Gunakan peluang ini sepenuhnya selagi kita mampu.

Alhamdulillah.. cuma ini yang mampu diri ini ucapkan. Semoga pada hari-hari yang mendatang, diharapkan diri ini mampu meneruskan perjalanan sebagai seorang muslimah yang berjaya..di dunia mahupun akhirat..

Rasa bersyukur diri ini ditemukan dengan seseorang...seseorang yang jauh lebih baik akhlaknya... lebih baik budi bahasanya... Semoga dirimu dirahmati Allah temanku..:). Itu doaku untukmu..

Alhamdulillah.........

Comments