Assalamualaikum...syukur alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas dunia ini dan terus melakukan ibadat kepada Allah s.w.t, insyaAllah..
Alhamdulillah pada 27-2-2011 bersama hari ahad, pihak usrah ada mengadakan program yang mana program ini dapat mengerat ukhwah di antara ahli-ahlinya. Bersama-sama sahabat lama dan baru, program ini diadakan di Bukit Jambul, Penang.
Kupanjatkan syukur kepadaMu ya Allah kerana masih memberi peluang untuk diri ini sama-sama join program yang cukup bermakna ini.
 |
| Bersama-sama harungi jalan yang curam |
Ketika ini di kaki bukit. Terpana sekejap melihat ciptaan Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. cukup indah..
 |
| Berehat sementara untuk sesi taaruf.. |
|
Kami berhenti sebanyak 2 kali untuk sesi taaruf. Selepas itu kami teruskan perjalanan mendaki lagi bukit yang agak curam ini. Setiap langkah yang kami teruskan, kami amat berhati-hati. Alhamdulillah, cuaca pada masa itu seolah-olah membantu kami untuk mencapai puncak Bukit Jambul ini. Terfikir juga dalam hati ini, andai hari itu hujan, sudah tentu kami tidak akan dapat menaiki bukit tersebut kerana jalan-jalan disitu licin.
 |
| Semangat kawan-kawan..kita tempuhi cabaran ini.. |
Ya Allah...sungguh indah ciptaan Mu ini.. Dari atas, kita dapat tengok hampir keseluruhan pulau pinang ini. Waktu malam saya agak mesti lagi cantik dengan cahaya-cahaya yang berkilauan. Dari atas ini juga, dapat lihat penang bridge.
 |
| Ya Allah..sungguh indah ciptaanMu.. |
 |
| Panorama yang indah memukau |
Angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah faham akan kedatangan kami semua. Alhamdulillah, kami berehat sekejap. Hilangkan peluh masing-masing sebelum meneruskan sesi kami. Diketuai oleh kak amilia dengan syafiyah, moto yang diberi adalah bagaimana untuk mempertingkatkan dalam diri pelajar-pelajar universiti dalam mencapai matlamat universiti. 'Humanism University' merupakan moto USM kali ini. Alhamdulillah rancak perbincangan kami dan kami berkongsi ilmu-ilmu ini dan insyaAllah ilmu-ilmu ini akan tersemat di dada.
 |
| Adik-adik lepasan spm. Hujahan yang bernas dik! |
|
 |
| Depa semangat discuss..^_^ |
 |
| Adik junior yang comel.. |
 |
| akak senior yang berkarisma! |
 |
| Teruskan bersemangat wahai sahabat! |
Semoga pada masa akan datang, akan diadakan lagi tamrin seperti ini..insyaAllah..:)
p/s: Ku doakan kamu semua, wahai sahabat-sahabtku, termasuk diri ini, moga kamu akan menjadi insan yang membawa keagungan islam, merentasi dunia satu hari nanti.. insyaAllah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kamu semua..=)
Comments
Post a Comment