Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada hari ini diri ini bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yang segar dan dapat melihat kebesaran Allah s.w.t. Masih lagi diberi peluang untuk terus menuntut ilmu di bumi Malaysia ini dan di negeri Pulau Pinang.
Minggu sekarang ini boleh dikatakan minggu yang sibuk tetapi bukan sibuk disebabkan oleh assignment tetapi sibuk untuk membuat revision. Minggu exam, minggu yang membuatkan kita berdebar-debar untuk menghadapinya. Selesai sudah 1 paper exam. 3 paper masih sedang menunggu. Semoga Allah mempermudahkan urusanku ini.
Tadi kat facebook ada tertengok kawan sekolah yang walimah. Kat profile picture dia, lawa je gambar dia dengan isterinya. Teringin pula nak tengok gambar walimah diorang. Buka satu persatu, cantik gambar waktu akad nikah, gambar persandingan, gambar di dalam bilik dan gambar ketika majlis sambut menantu. Ada gambar yang semasa bersanding, pengantin perempuan tidak pakai tudung. Erkk.. sekarang ni memang fesyen pengantin tak pakai tudung ke?? Lawa sangat ke bila pakai baju pengantin lawa-lawa tapi tak pakai tudung. Ummm.. Terdetik dalam hati ini, kalau 1000 orang tengok gambar itu, berganda-ganda dosa mereka akan dapat. Tak begitu ke?
Minta dijauhkan dari semua perkara ini ya Allah. Diri ini, masih terlalu kurang dalam ilmu agama. Cuma kuharap diri ini mampu mempertahankan agama yang masih ada dalam diri ini. Keindahan agama yang diri ini inginkan. KeredhaanMu ya Allah..
Ya Allah, syukur yang tak terhingga atas apa yang kudapat. Dibesarkan dengan serba-serbi kekurangan tetapi penuh dengan kasih sayang. Ma, abah, abang, kakak dan adik-adik, rasa kehidupan ini serba lengkap. Tidak ada kurang sedikit pun ya Allah. Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang membuatkan hidupku ini jauh lebih lengkap dari sekarang. Suami yang membahagiakan diri ini, n suami yang akan membahagiakan ma dan abah. Hanya itu yang kuharapkan ya Allah.. Semoga rahmat Engkau ya Allah, akan sentiasa mengiringi kehidupan kami sekeluarga.
Rasulallah saw bersabda "4 dari sunnah semua rasul adalah malu, wewangian, siwak dan Nikah" (HR at Tirmidzi)
ReplyDeleteInsyaAllah mungkin sebelum walimah dia tidak pakai tudung, tetapi selepas walimah dia akan terbuka hati untuk pakai tudung. tudung labuh lagi..hee
banyaknya hikmah2 didalam perkahwinan:)